Imam Ahmad
bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak
Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin
Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.
Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya
meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa
melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang
jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil
upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan
yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.
Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar
mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut
ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu
Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat di atas
kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam
menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa
setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk
juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan
cubaan.
Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya
itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang
menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu
banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran
agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan
dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan
seseorang.
Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang
berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu
kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan
pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum
Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama
bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk.
Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan
terhadap orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana
ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad .
Sultan
Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat
berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum
pernah aku lakukan terhadap yang lain?” Selama 20 tahun lamanya Syekh
Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.
Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian
diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari
persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran
itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju
dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang
mengatakan Quran itu makhluk.
Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu
Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran
itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut
berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan
para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap
berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan
supaya pendapat itu diterima orang ramai.
Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa
“Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang
ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang
dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah.”
Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah,
sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan
dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama
yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin
Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama
menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan
Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah
makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa
hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.
Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya
dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus,
sesampainya di sana
keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama
besar bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah
dalam pendirian.
Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman
yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam
Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun
ia tetap menyampaikan pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah
bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari
pendiriannya itu.
Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri.
Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama saya
sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa
kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau
mengatakan seperti yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap
dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya
untuk memukul Imam Hambali.
Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau
mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan
“La haula walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan
apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya beliau
mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk” (Al-Quran adalah
kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau
membaca surah At-Taubah ayat 51.
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.”
Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.
Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari
ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang
terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja’far Al-Anbari menghampiri
beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: “Hai Abu Ja’far apakah engkau
susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat,
kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu
menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan
bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab
seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh
orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah
engkau mahu menuruti kehendak mereka.”
Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan
berkata: “Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun
dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan
berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera
dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan
saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam
gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.”
Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M)
setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah
saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar
dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal dunia
beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham
Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan.”
Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak
sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama
kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama
inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad
bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk
hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.
Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud
masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba
mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin
Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat.
Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam
penjara.
Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi.
Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana
pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh
itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh
membahas soal tersebut.” Jawab beliau.
Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa.
Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka
ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu
selamat.”
Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali
seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun
mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu
yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah
benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku.” Ketika itu
pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga
aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.
Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para
hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau.
Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk
berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih
tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga
beliau masih tetap didera sehingga pengsan.
Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya
Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para
ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal
yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin Naser digantung dan
diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak
mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad
bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka
yang memalingkan dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang
diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.
Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan
saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut
tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama
yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali
setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun
hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya
beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau
meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah
mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah
beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin. Demikian
berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu
pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga
mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu
mendapat keberkahannya dan keredhaanNya.
Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima
ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.
Firman Allah ertinya:
“Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami
telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang dusta.”
(Al-Anka
Tidak ada komentar:
Posting Komentar