Nama Asli dari al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain
itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.
Al-Khawarizmi dikenal di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi,
al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau
dilahirkan di Bukhara.Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.
al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan
al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan
beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun
266H/850M di Baghdad.
Dalam pendidikan telah dibuktikan
bahawa al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.
Pengetahuan dan keahliannya bukan hanya dalam bidang syariat tapi di dalam
bidang falsafah, logika, aritmatika, geometri, musik, ilmu hitung, sejarah Islam
dan kimia.
Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropa
Beliau
telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangen dalam penyelidikan trigonometri
dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah
al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah
observatory yaitu tempat belajar matematika dan astronomi. Al-Khawarizmi juga
dipercaya untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan
angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga
merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam berbagai disiplin. Al-Khawarizmi
adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak
lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematika dan
menghasilkan konsep-konsep matematika yang begitu populer yang masih digunakan
sampai sekarang.
PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Sumbangsihnya
dalam bentuk hasil karya diantaranya ialah :
1. Al-Jabr wa’l Muqabalah :
beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan
trigonometri dan astronomi.
2.Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau
telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematika dan mengemukakan 800 buah
masalah yang sebagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo.
Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh
al-Khawarizmi.
3.Sistem Nomor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat
dan ia penting dalam sistem Nomor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini
memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema
segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam
geometri.
Banyak lagi konsep dalam matematika yang telah diperkenalkan
al-khawarizmi . Bidang astronomi juga membuat al-Khawarizmi terkenal. Astronomi
dapat diartikan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang
melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran
yang berkaitan dengan bintang].
Pribadi al-Khawarizmi
Kepribadian
al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam maupun dunia Barat. Ini dapat
dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan bahwa“pencapaian-pencapaian yang tertinggi
telah diperoleh oleh orang-orang Timur….” Dalam hal ini Al-Khawarizmi. Tokoh
lain, Wiedmann berkata…." al-Khawarizmi mempunyai kepribadian yang teguh dan
seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains".
Beberapa cabang
ilmu dalam Matematika yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi seperti: geometri,
aljabar, aritmatika dan lain-lain. Geometri merupakan cabang kedua dalam
matematika. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah
asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements]
hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani
iaitu ‘geo’ yang berarti bumi dan ‘metri’ berarti pengukuran. Dari segi ilmu,
geometri adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubungan dengan magnitud dan
sifat-sifat ruang. Geometri ini dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian
Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Yunani sebagai satu sains
dalam kurun abad ke 6 SM. Seterusnya sarjana Islam telah menyempurnakan kaidah
pendidikan sains ini terutama pada abad ke9M.
Algebra/aljabar merupakan
nadi matematika. Karya Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano
dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropa pada abad ke-12. sebelum munculnya
karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh
al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.
Di
sunting dari berbagai sumber.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar